PEJABAT PENOLONG NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Pejabat Penolong Naib Canselor - Industri dan Masyarakat (PPNC- JIM) telah ditubuhkan pada 16 Oktober 2014 berikutan penstrukutran semula Universiti yang diumumkan oleh Naib Canselor dalam Majlis Perhimpunan 1 UTeM di Dewan Besar pada tarikh yang berkenaan. Penubuhan Pejabat PNC-JIM ini juga diumumkan melalui Pekeliling Pentadbiran Bil. 29 Tahun 2014.
Pejabat PNC-JIM sebelum ini dikenali sebagai UNIC (Pusat Universiti Industri) sebelum perubahan kepada Pusat Jaringan Industri & Komuniti (ICNet) dan kemudiannya menjadi Pejabat Industri dan Masyarakat (PJIM) di bawah Pejabat Canselori.
Penubuhan pejabat ini bertujuan mewujudkan hubungan dan perkongsian strategik Universiti-Industri-Masyarakat bagi memudahcarakan pemindahan pengetahuan dan perkongsian kepakaran dari pihak industri dan masyarakat yang saling memberi faedah bersama serta kepada banyak pihak. Pejabat PNC-JIM dengan kata lain adalah pejabat yang bertindak sebagai jambatan antara ahli akademia, industri dan masyarakat bagi pihak UTeM. Kini Pejabat PNC-JIM berfungsi untuk mengeratkan hubungan antara industri dan masyarakat melalui pelbagai aspek, termasuk pengurusan alumni, latihan industri pelajar, pendedahan industri, dan program sangkut industri untuk staf, kerjasama penyelidikan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan. Selaras dengan tugas, tanggungjawab dan fungsi yang pelbagai, maka pejabat ini mempunyai empat pusat yang bertindak secara bersepadu bagi menjayakan visi dan misi iaitu :
- Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP),
- Pusat Hubungan Industri (PHI),
- Pusat Pembangunan Komuniti dan I-CoE (PPK&I-CoE),
- Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan (PPA&KG), dan
- Pusat Pembangunan Keusahawanan (PPK)
Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) yang pertama dilantik ialah Profesor Dr. Muhammad Ghazie bin Ismail (1 Februari 2011 - 31 Januari 2015) dan kini telah digantikan oleh Profesor Dr. Mohd Ridzuan bin Nordin yang dilantik pada 1 Oktober 2015. Manakala senarai Pengarah-Pengarah Pusat ialah Profesor Dr. Goh Ong Sing (Pengarah Pusat Hubungan Industri), Profesor Madya Dr. Mohamad Zoinol Abidin bin Abd. Aziz (Pengarah Pusat Pembangunan Komuniti & I-CoE), Prof. Madya Norhaziah binti Md Salleh (Pengarah Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran Graduan dan Profesor. Dr. Salleh bin Yahya (Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan).
Pejabat utama PPNC-JIM ialah di Tingkat 3, Bangunan Canselori, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka. Manakala Pusat Hubungan Industri, Pusat Pembangunan Komuniti & I-CoE, dan Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran Graduan terletak di Kampus Teknologi, Ayer Keroh Melaka. Manakala Pejabat Pusat Pembangunan Keusahawanan (PPK) adalah di Blok A, Kampus Bandar, Jalan Hang Tuah, Melaka