SEPINTAS LALU MENGENAI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP)

PEJABAT PENOLONG NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) telah diwujudkan pada 1 November 2014 selaras dengan pengstrukturan Universiti yang menaiktaraf Pejabat Jaringan Industri Masyarakat (PJIM) di bawah pengurusan Pejabat Canselori kepada Pejabat Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC-JIM) sebagai Pusat Tanggungjawab (PTj). BKP diwujudkan dengan tujuan memperkukuhkan urusan pentadbiran am Pejabat PNCJIM. Bahagian ini adalah tulang belakang dalam urusan pentadbiran dengan fungsi utama urustadbir dan kewangan.

VISI

Menjadi pusat terulung perkongsian strategik serta menjana manfaat kepada industri dan komuniti.

MISI

Untuk mengadakan kerjasama yang rapat dengan industri dan komuniti dalam pelbagai bidang serta menjadi gerbang maklumat universiti kepada industri dan komuniti.

 

OBJEKTIF BKP

  1. Membantu Ketua PTj / Pusat dalam memperkemaskan pentadbiran dan kewangan PTj.
  2. Menasihati dan memantau Pejabat PNC-JIM berkenaan dengan pengurusan dan pembangunan sumber manusia, kewangan, perjalanan serta membantu urusan majlis / program anjuran pejabat sebagai Sekretariat.
  3. Penggerak kepada perancangan dan perbelanjaan kewangan secara berhemah di Pejabat-pejabat di bawah PNC-PJIM.
  4. Menyediakan dan mengendalikan rekod / fail yang lengkap dan tepat.
  5. Memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan profesional.

5750473
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
46
17
202
5750030
46
1968
5750473

Your IP: 10.1.2.9
2023-06-01 23:12

Berita & Peristiwa

No events