VISI
Memacu kerjasama strategik dengan pihak industri dan masyarakat
MISI
PPNCJIM bertekad untuk mencapai misi berikut :-
- Menjana pembangunan lestari bersama industri dan masyarakat,
- Menjalinkan hubungan kerjasama erat dengan pihak industri dan masyarakat dalam bidang strategik,
- Menjadi hab rujukan utama universiti, industri dan masyarakat
OBJEKTIF
Pejabat Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNC JIM) ditubuhkan untuk:
- Membangunkan kerjasama strategik dengan pihak industri dan masyarakat.
- Membentuk jaringan kerjasama yang dapat memadankan sumber-sumber UTeM dengan keperluan industri dan masyarakat.
- Membantu dalam pemindahan pengetahuan dan perkongsian kepakaran daripada universiti kepada industri dan masyarakat dan sebaliknya.
- Memperkasakan jalinan hubungan bersama masyarakat dan industri bagi meningkatkan kualiti kehidupan dengan ketara dari aspek kebajikan sosial, kebolehpasaran, kesihatan dan kesejahteraan.
- Mengenalpasti penyelesaian permasalahan industri dan masyarakat yang dapat memberi kesan kepada status ekonomi dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat.