universityindustry

Pejabat Penolong Naib Canselor - Industri dan Masyarakat (PPNC- JIM) telah ditubuhkan pada 16 Oktober 2014 berikutan penstrukutran semula Universiti yang diumumkan oleh Naib Canselor dalam Majlis Perhimpunan 1 UTeM di Dewan Besar pada tarikh yang berkenaan. Penubuhan Pejabat PNC-JIM ini juga diumumkan melalui Pekeliling Pentadbiran Bil. 29 Tahun 2014.

Pejabat PNC-JIM sebelum ini dikenali sebagai UNIC (Pusat Universiti Industri) sebelum perubahan kepada Pusat Jaringan Industri & Komuniti (ICNet) dan kemudiannya menjadi Pejabat Industri dan Masyarakat (PJIM) di bawah Pejabat Canselori.

Penubuhan pejabat ini bertujuan mewujudkan hubungan dan perkongsian strategik Universiti-Industri-Masyarakat bagi memudahcarakan pemindahan pengetahuan dan perkongsian kepakaran dari pihak industri dan masyarakat yang saling memberi faedah bersama serta kepada banyak pihak. Pejabat PNC-JIM dengan kata lain adalah pejabat yang bertindak sebagai jambatan antara ahli akademia, industri dan masyarakat bagi pihak UTeM. Kini Pejabat PNC-JIM berfungsi untuk mengeratkan hubungan antara industri dan masyarakat melalui pelbagai aspek, termasuk pengurusan alumni, latihan industri pelajar, pendedahan industri, dan program sangkut industri untuk staf, kerjasama penyelidikan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan. Selaras dengan tugas, tanggungjawab dan fungsi yang pelbagai, maka pejabat ini mempunyai empat pusat yang bertindak secara bersepadu bagi menjayakan visi dan misi iaitu :

  • Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP),
  • Pusat Hubungan Industri (PHI),
  • Pusat Pembangunan Komuniti dan I-CoE (PPK&I-CoE),
  • Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan (PPA&KG), dan
  • Pusat Pembangunan Keusahawanan (PPK)

Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) yang pertama dilantik ialah Profesor Dr. Muhammad Ghazie bin Ismail (1 Februari 2011 - 31 Januari 2015) dan kini telah digantikan oleh Profesor Dr. Mohd Ridzuan bin Nordin yang dilantik pada 1 Oktober 2015. Manakala senarai Pengarah-Pengarah Pusat ialah Profesor Dr. Goh Ong Sing (Pengarah Pusat Hubungan Industri), Profesor Madya Dr. Mohamad Zoinol Abidin bin Abd. Aziz (Pengarah Pusat Pembangunan Komuniti & I-CoE), Prof. Madya Norhaziah binti Md Salleh (Pengarah Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran Graduan dan Profesor. Dr. Salleh bin Yahya (Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan).

Pejabat utama PPNC-JIM ialah di Tingkat 3, Bangunan Canselori, Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka. Manakala Pusat Hubungan Industri, Pusat Pembangunan Komuniti & I-CoE, dan Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran Graduan terletak di Kampus Teknologi, Ayer Keroh Melaka. Manakala Pejabat Pusat Pembangunan Keusahawanan (PPK) adalah di Blok A, Kampus Bandar, Jalan Hang Tuah, Melaka

industry

Save

Save


5747401
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
96
25
266
5746959
5208
1362
5747401

Your IP: 10.1.2.9
2023-03-31 19:58

Berita & Peristiwa

No events