PUSAT PENGURUSAN ALUMNI & KEBOLEHPASARAN GRADUAN
- Mengurus dan memantau program GREAT dan kemahiran insaniah dari segi keberkesanan pelaksanaan .
- Melaksanakan program SME-University Internship Programme melalui peruntukan SME Corp.
- Mengadakan program-program peningkatan kerjaya dan kebolehpasaran graduan UTeM seperti bengkel kerjaya, temuduga, karnival kerjaya, keusahawanan dan lain-lain.
- Menyelaras dan mengendali Program untuk meningkatkan Kebolehpasaran Pelajar.
- Mengemaskini Sistem Pengkalan Data Alumni.
- Mengadakan program-program untuk meningkatkan sumbangan Alumni kepada UTeM.
- Membantu PPNC-JIM mendapatkan sumbangan Alumni bagi penjanaan pendapatan Rumah Alumni melalui Tabung Wakaf AUTeM (pelancaran Tabung Wakaf Rumah Alumni).
- Mempromosi dan menyelaras permohonan mendapatkan peruntukan untuk Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programme) kepada Industri dan Komuniti dari KPTM.
- Merancang dan melaksanakan program-program latihan kerjaya daripada Alumni kepada Alumni yang belum bekerja (Job Creator).
- Melaksanakan kajian jejak (tracer study) kepada graduan 2015 selepas 6 bulan dan 12 bulan konvokesyen.
UTeM CAREER CONNECT (U2C)
UTeM Career Connect perlu melaksanakan program “penjualan produk UTeM” iaitu graduan-graduan UTeM dengan meyakinkan dan merapatkan jurang di antara pihak majikan dengan universiti untuk mendapatkan pekerjaan kepada graduan UTeM. Perkara ini boleh dicapai melalui aktiviti berikut:-
- Pendaftaran dan penempatan pekerjaan:-
* Pendaftaran permohonan kerja secara online
* Program temuduga di kampus
* Program temuduga di industri
* Program temuduga secara walk-in
* MoU dengan syarikat untuk penempatan pekerjaan/ latihan industri secara berterusan
- Perhubungan majikan dan mempromosi graduan UTeM :-
* Mengadakan lawatan dan dialog di industri untuk mempromosi graduan UTeM serta mendapatkan peluang untuk latihan industri kepada pelajar dan sangkutan industri staf dan juga untuk pekerjaan kepada graduan UTeM.
* Mendapatkan maklumbalas dari industri dan alumni untuk menambahbaik program pengajian di UTeM.
* Memberi khidmat nasihat penyediaan resume kepada bakal graduan UTeM.
- Menyediakan pangkalan data dan maklumat tentang kerjaya.
- Mengiklankan kerja-kerja kosong daripada majikan.
- Menyediakan maklumat berkaitan bidang kerjaya yang boleh menjadi rujukan kepada pelajar.
- Memantau keberkesanan kebolehpasaran graduan U2C dan menyelaras kajian pengesanan graduan (tracer study).
- Penempatan Latihan Industri Pelajar UTeM bagi meningkat kebolehpasaran mereka