Salam Sejahtera & Selamat Datang ke Portal Pejabat Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (PPNCJIM), UTeM.
Terima kasih kerana melawat laman web kami. Di sini kami menyediakan maklumat tentang peranan serta tanggungjawab kami dalam merancang dan melaksanakan aktiviti dan program komprehensif berkaitan penglibatan universiti-industri-masyarakat.
Sebagai sebuah universiti teknikal pertama di negara ini, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi hab penting sebagai perintis dan peneraju utama dalam menawarkan program-program yang menyokong kepada pemerkasaan pendidikan teknikal tinggi berteraskan kemahiran (TEVT). Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) menggalas peranan dan tanggungjawab penting dalam mewujudkan kerjasama strategik dengan industri dan masyarakat bagi perkongsian dan penyebarluasan ilmu untuk kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara.
Menyedari peranan penting industri kepada masyarakat dan negara dengan matlamat yang sama, UTeM sentiasa meneroka peluang untuk mengadakan gandingan pakatan strategik universiti-industri-komuniti bagi manfaat bersama universiti dan rakan industri serta komuniti.
Sila layari laman web kami untuk mengakses maklumat yang tepat dan cepat, melalui Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) telah menembusi industri dan masyarakat di seluruh pelosok Malaysia khususnya di negeri Melaka untuk menyumbang kepakaran dan khidmat bakti yang memberi impak positif kepada pembangunan negara dan kesejahteraan hidup masyarakat.
Terima kasih kerana anda telah melayari Portal PPNC-JIM dan Selamat Maju Jaya.
Salam hormat
PROF. DR. GOH ONG SING
Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)